 |
 |
 |
 |
 |
|
Tuesday, June 10, 2008

Pernahkah kita terfikir...
Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap. (isap rokok ni memang takde berkat)
Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil terberry berry (berak)
Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti diorang cuba tahan nafas atau tutup hidung.
Perokok berbau wangi? ...ye ke????
Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk -lebih awal, dari mereka yang tidak merokok. (kesian kannn...)
Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan. (like duh!!!)
Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca. Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih bertaik mata dan bertaik gigi. (bad hygiene)
Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak. (tahu takpe...)
Tidak ada orang jadi jutawan dengan jadi penagih rokok, melainkan kalau dia jadi tokey syarikat rokok. (wait long long lah...)
isap jari sudahhh....

JANGAN MARAH YEEE.... buat renungan bersama aje...
hehehehehehe
Posted at Tuesday, June 10, 2008 by pharaoh85
Wednesday, June 04, 2008
Ya Allah, Hanya kepada-Mu kupersembahkan segala hajatku, walau lemah pemikiranku dan kurang amalanku, Aku sangat berharap pada limpahan rahmat-Mu, maka aku meminta kepada-mu, wahai Tuhan yang memutuskan segala perkara dan yang memnyembuhkan segala penyakit yang ada di dalam dada.
Ya Allah... Seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan, maka Engkau pisahkan antara aku dari siksaan neraka, dari siksaan kubur dan dari laungan penyesalan..
Dlm kita melangkah terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah & renungilah kembali ke dlm diri...mungkin DIA hadirkan air mata ketika itu utk kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dari keikhlasan. Semoga kita sabar & ditetapkan iman...~~

Posted at Wednesday, June 04, 2008 by pharaoh85
Saturday, May 17, 2008
Apa rasamu hai gadis bila ada teruna memuji wajahmu cantik nan ayu melirik senyum cuba menjaring
Nafsumu kata "oh.. cantiknya aku." Akalmu kata "hmm kena jual mahal." Ilmumu kata "dia cuma memuji, tak lebih dari itu." Imanmu kata "aku menjadi fitnahkah?"
Oh gadis dirimu memang hiasan dunia tapi cantikmu bukan pameran ayumu bukan murahan
Yang tertutup kan lebih baik terlindung suci dari godaan.
Posted at Saturday, May 17, 2008 by pharaoh85
Tuesday, April 29, 2008
I'm having a very bad flu...
and it has been 7 days already... dah nak masuk hari kelapan... wat a sickness!!!
wahai hidung, janganlah kamu menangis lagi... kerana tissue paper dah takde lagi...
tekak pun dah naik sorethroat... dari suara burung pipit dah jadi suara gagak... ya Allah... peritnye...
there are two unhappy things about having a bad flu,
1. Your hidung will tersumbat... especially at night biler nak tidur... (Tuhan je yg tahu alangkah susahnya nak tidur biler hidung tersumbat)
2. You won't taste anything when you eat!!! and You won't smell anything... even kalau org kentut pun tak bau!!! coz hidung tersumbat punye pasal, even though yg tersumbat cuma satu lubang je... tapi still can't smell a thing....
Tuhan beri sakit flu aje, dua nikmat dah hilang pada kite...
maka tersedarlah aku... sesungguhnya... alangkah...

Posted at Tuesday, April 29, 2008 by pharaoh85
Saturday, March 29, 2008
Kiranya Tiada Cinta Insani Untukku, Cukuplah Cinta Allah Menjadi Penyuluh Hidupku,
Kelak Akan Ada CINTA Untukku..
Dari Insan Yang Menyintai Allah.. Sebagaimana Cintaku TerhadapNya
Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu.
Oleh itu.. Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."
(IBNU HAJAR AL-ASQALANI)
Posted at Saturday, March 29, 2008 by pharaoh85
Monday, February 25, 2008

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka diet Orang yang baik disangka buruk Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek Orang yang masam disangka merajuk Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu .... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

Posted at Monday, February 25, 2008 by pharaoh85
Monday, February 11, 2008

Pada suatu masa yang ditetapkan... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkhawinanmu dengan maut.. Hantarannya... sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian.. Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa... Dan DIA KEKASIH itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka...    

Posted at Monday, February 11, 2008 by pharaoh85
Sunday, January 27, 2008

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...
Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkhawinan...?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkhawinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
Maka guru itu menjawab: Itulah perkhawinan.......
Moral of the story is... usahlah terlalu memilih cinta (especially ME!!! haha), ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Posted at Sunday, January 27, 2008 by pharaoh85
Saturday, January 26, 2008
Posted at Saturday, January 26, 2008 by pharaoh85
Wednesday, December 26, 2007

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Posted at Wednesday, December 26, 2007 by pharaoh85
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
Imam Syafi'e berkata
"Sepanjang hidupku yang semakin tua, belum pernah aku temui di dunia ini teman yang sejati; Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka. Jika aku temui, aku berjanji akan selalu setia kepadanya."



Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur"
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)

"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
- Khalifah Umar Ibnul Khattab

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
- Imam Syafi'e

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
-Mahatma Ghandi

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat
-Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Carilah dia, yang membuat hatimu tersenyum. Angankan apa yang engkau ingin angankan;pergilah kemana engkau ingin pergi; jadilah seperti yang engkau kehendaki,sebab hidup hanya satu kali dan engkau hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan segala hal yang engkau ingin lakukan.

Ketika engkau dilahirkan, engkau menangis sementara semua orang di sekelilingmu tersenyum.Jalani hidupmu sedemikian rupa, hingga pada akhirnya engkaulah satu-satunya yang tersenyum sementara semua orang di sekelilingmu menangis.
<
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

"Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
-Khalifah Abdul Malik Marwan

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi."
-Confucius

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
- Imam Syafi'e

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata..... "

Tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha? Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahin jika diri tidak sekuat Sarah dan Hajar. Mengapa pula didamba teman hidup seistimewa Khadijah jika diri tidak sesempurna Rasulullah...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...

Alkisah ada dua air mata mengalir di sebuah sungai. Satu airmata itu berkata pada yg satu lagi, "Saya airmata seorang gadis yg mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?" Jawab titis airmata kedua itu "Saya airmata seorang lelaki yg menyesal membiarkan seorang gadis yg mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Kenangilah sebuah Pertemuan, kerana disitu terciptanya Kemesraan, Sayangilah sebuah Perpisahan, kerana disitu terciptanya Kerinduan...

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kamu terfikir kebesaranNya itu?

Rasulullah bersabda "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik)
dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang
yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan
dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang
besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kamu merasakan panasnya."
(riwayat muslim)

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan... namun ia hadir kerana ketentuannya.... jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan...namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.......Tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan pada kita......

Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan...

sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sehingga kita mendapatkannya....

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu
objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu,
raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
itulah yang sukar diperoleh.
Kata pujangga ; Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sadari.

Risik hujan di dinding kota
Mengapa basah di dinding desa...
Risik angin di dinding jiwa
Mengapa tertutup jendela cinta...
Risik aur di tebing duka
Mengapa terhalang cinta yang Esa...
You are visitor number:
 Thanks for Visiting, God bless you
~The Manner Of Prayer~
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |