.: The ink of a scholar is holier than the blood of a martyr :.


.: The Love in your Heart wasn't put there to stay, Love isn't Love till you give it away :.











Tuesday, June 10, 2008

.: Hisap rokok tembakau cina, keluar asap berbunga bunga... :.

 


Pernahkah kita terfikir...

Tidak ada orang ucap Bismillah sebelum hisap rokok dan ucapkan Alhamdulillah lepas habis hisap. (isap rokok ni memang takde berkat)

Tidak ada orang makan nasi dalam tandas, tetapi ramai orang merokok dalam tandas malah sambil terberry berry (berak)

Tidak ada perokok pasif yang cuba sedut-sedut asap rokok yang dihembus, mesti diorang cuba tahan nafas atau tutup hidung.

Perokok berbau wangi?  ...ye ke????

Perokok lelaki menghadapi kebarangkalian mati - termasuk mati pucuk -lebih awal, dari mereka yang tidak merokok. (kesian kannn...)

Tidak ada label di kotak rokok yang tertulis Merokok Menyihatkan Tubuh Badan. (like duh!!!)

Tidak ada kempen Mari Merokok atau Bulan Merokok macam kempen membaca. Perokok tegar sanggup terus merokok pagi-pagi buta dengan masih bertaik mata dan bertaik gigi. (bad hygiene) 

Tidak ada orang boleh kenyang semata-mata dengan merokok, mesti nak makan dan minum jugak. (tahu takpe...)

Tidak ada orang jadi jutawan dengan jadi penagih rokok, melainkan kalau dia jadi tokey syarikat rokok. (wait long long lah...)

isap jari sudahhh....

JANGAN MARAH YEEE.... buat renungan bersama aje...

hehehehehehe

pharaoh85 shed tears at Tuesday, June 10, 2008


Make a comment

Wednesday, June 04, 2008

.: Ya Rabbi... :.

 

Ya Allah,
Hanya kepada-Mu kupersembahkan segala hajatku,
walau lemah pemikiranku dan kurang amalanku,
Aku sangat berharap pada
limpahan rahmat-Mu,
maka aku meminta kepada-mu,
wahai Tuhan yang
memutuskan segala perkara
dan yang memnyembuhkan segala
penyakit
yang ada di dalam dada.

Ya Allah...
Seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan,
maka Engkau pisahkan antara aku dari siksaan neraka,
dari siksaan kubur dan dari
laungan penyesalan..

Dlm kita melangkah terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah & renungilah kembali ke dlm diri...mungkin DIA hadirkan air mata ketika itu utk kita menjahit kembali sejadah iman yg kian terkoyak lantaran ada langkah2 yg tersasar dari keikhlasan. Semoga kita sabar & ditetapkan iman...~~

 

pharaoh85 shed tears at Wednesday, June 04, 2008


Make a comment

Saturday, May 17, 2008

.: Apa Rasamu? :.


 


 

 

Apa rasamu hai gadis
bila ada teruna
memuji wajahmu cantik nan ayu
melirik senyum cuba menjaring


Nafsumu kata "oh.. cantiknya aku."
Akalmu kata "hmm kena jual mahal."
Ilmumu kata "dia cuma memuji, tak lebih dari itu."
Imanmu kata "aku menjadi fitnahkah?"


Oh gadis
dirimu memang hiasan dunia
tapi cantikmu bukan pameran
ayumu bukan murahan

Yang tertutup kan lebih baik
terlindung suci dari godaan.

pharaoh85 shed tears at Saturday, May 17, 2008


Make a comment

Tuesday, April 29, 2008

.: Flu...Flu..go away... :.

 

I'm having a very bad flu...

and it has been 7 days already... dah nak masuk hari kelapan... wat a sickness!!!

wahai hidung, janganlah kamu menangis lagi... kerana tissue paper dah takde lagi...

tekak pun dah naik sorethroat... dari suara burung pipit dah jadi suara gagak... ya Allah... peritnye...

there are two unhappy things about having a bad flu,

1. Your hidung will tersumbat... especially at night biler nak tidur... (Tuhan je yg tahu alangkah susahnya nak tidur biler hidung tersumbat)

2. You won't taste anything when you eat!!! and You won't smell anything... even kalau org kentut pun tak bau!!! coz hidung tersumbat punye pasal, even though yg tersumbat cuma satu lubang je... tapi still can't smell a thing....

 

Tuhan beri sakit flu aje, dua nikmat dah hilang pada kite...

maka tersedarlah aku... sesungguhnya... alangkah...

 

pharaoh85 shed tears at Tuesday, April 29, 2008


Make a comment

Saturday, March 29, 2008

.: Kiranya Tiada Cinta Insani Untukku :.

 

Kiranya Tiada Cinta Insani Untukku, Cukuplah Cinta Allah Menjadi Penyuluh Hidupku,

Kelak Akan Ada CINTA Untukku..

Dari Insan Yang Menyintai Allah.. Sebagaimana Cintaku TerhadapNya

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu.
Oleh itu.. Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya
 
 
 

" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."

(IBNU HAJAR AL-ASQALANI)

 
 

pharaoh85 shed tears at Saturday, March 29, 2008


Make a comment

Monday, February 25, 2008

.: kalau dah dinamakan manusia... :.

 

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...


Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)


Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik


Orang yang suka senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri


Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela


Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ...
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ...
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ....
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu ...
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya

 

pharaoh85 shed tears at Monday, February 25, 2008


Make a comment

Monday, February 11, 2008

.: Kita semua adalah pengantin :.

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkhawinanmu dengan maut..
Hantarannya... sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan DIA KEKASIH itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka... crySadcrySad

 

pharaoh85 shed tears at Monday, February 11, 2008


Comment (1)

Sunday, January 27, 2008

.: Jangan terlalu memilih Cinta :.

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkhawinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkhawinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkhawinan.......



Moral of the story is... usahlah terlalu memilih cinta (especially ME!!! haha), ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

pharaoh85 shed tears at Sunday, January 27, 2008


Make a comment

Saturday, January 26, 2008

.: Help me Allah :.

 

pharaoh85 shed tears at Saturday, January 26, 2008


Make a comment

Wednesday, December 26, 2007

.: Jika kamu... :.

 

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

pharaoh85 shed tears at Wednesday, December 26, 2007


Make a comment

[pre